Bincang
PPinPerson
Grup ini digunakan untuk paramedik berbincang dan bertukar pendapat. Disamping itu
bertukar pendapat tentang keadaan semasa bidang paramedik terutama Pembantu Perubatan dan
Jururawat. Dengan adanya grup ini paramedik pelatih dapat beruhubung dengan senior yg
telah berkhidmat untuk mendapatkan maklumat terkini dari mereka yang telah bertugas. Pada
senior yang telah berkhidmat , dengan adanya grup dapatlah berbincang tentang elaun
kritikal , Post Basik , masalah tugas , pendapat dan berkongsi pengalaman di tempat
masing-masing.
Diharapkan semoga semua pihak dapat menyumbang bagi kepentingan bersama [30/8/2002]
Peluang untuk Pembantu
Perubatan melanjutkan pelajaran lebih luas dengan ada Pendidikan Jarak Jauh di IPTA
tempatan. Pembantu Perubatan terutama yang masih muda digalakan untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat lebih tinggi lagi. Pembantu Perubatan boleh memohon untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang tertentu secara PJJ. Antara IPTA
yang menawarkan tempat ke PP adalah UNIPUTRA , UKM , USM , UITM dsbnya. Keperluan
minumum adalah SPM dan Pengalaman kerja serta sokongan pihak
Jabatan. Sila lawati laman web www.ideal.upm.edu.my untuk
mendapatkan maklumat lanjut. Sekiranya anda ingin bertanya pengalaman MA yang sudah
bergraduat dengan Ijazah Sains Komputer secara kaedah ini sila hubungi webmaster iaitu jamalparit@hotmail.com . Beliau baru sahaja bergraduat dari Universiti
Putra Malaysia Serdang pada bulan Ogos lepas. [5/9/2001]
Health Monitor
V1.01 - Demo
Satu perisian yang
dapat memantau perkembangan BMI (Body Mass Index) telah dibuat oleh JamalParit. Diharapkan
para pengunjung dapat mendownloadkan perisian untuk dicuba. (download).
Perisian ini telah discan dengan Mc Afee 5.12 [20/07/2001]
Al Fatihah ... Satu Kehilangan Kepada Pembantu Perubatan.
Seorang lagi Pembantu Perubatan dari KK Lembah Klau,
Mohd.Nor B Dol, 46 telah kembali ke rahmatullah pagi Jumaat 13/7/2001 akibat serangan
jantung. Beliau dimasukkan ke Hospital Raub Selasa lalu kerana sakit dada sewaktu
menghadiri mesyuarat Pembantu Perubatan. Sebelum ini beliau tidak menunjukkan tanda-tanda
sakit.
Itulah kekuasaan Allah.Semoga Allah mencucuri rahmat kepada allahyaham..Amin
Ya Rabbal alaminn. [13/7/2001]
Selamat Datang ke Laman Web Pembantu Perubatan ..
Semoga Pembantu Perubatan tidak akan hilang didunia ini.
Tawaran daripada webmaster kepada Pembantu Perubatan yang berminat untuk mengambil alih
tugas webmaster untuk mengemaskinikan laman web ini. Sebabnya akan diberitahu kepada siapa
yang berminat. Semoga Laman Web ini akan terus maju untuk kepentingan Pembantu Perubatan
lain. [11/07/2001]
Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang telah menganjur majlis
berkhatan beramai-ramai. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yb Dato' Seri Drs. Suleiman
Mohamad selaku Timbalan Menteri Kesihatan pada 11 Nov 2000. Ini amatlah membanggakan kita
sebagai Pembantu Perubatan yang akan mengkhatan kanak-kanak tersebut. [14/11/2000]
Kursus Peningkatan Teknik Berkhatan Kursus ini buat masa dibuat untuk PP didalam negeri Selangor.Ia dilakukan
untuk meningkatkan teknik berkhatan dan juga untuk meyelaraskan teknik berkhatan
"Dorsal Slit".Seramai 16 PP seluruh Selangor menghadirinya yang bermula dari
11hb Nov - 17hb Nov 2000. Ianya turut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan ,Yb Dato'
Seri Drs. Suleiman Mohamad [14/11/2000]
Laman web di Luar Negara Terdapat beberapa laman web yang kita boleh
berkongsi bersama dalam menambahkan ilmu pengetahuan. [ Klik]
26/7/2000
Menambah Pengetahuan dan Meningkatkan Karier Disini disertakan maklumat tentang peningkatan
karier yang diadakan oleh pihak Yayasan Pembelajaran Mara dengan pihak luar negara bagi
Pembantu Perubatan
[Klik] 26/7/2000
Sukan KKM
Pada tahun ini Negeri Selangor merasa bertuah kerana telah dipilih untuk menganjurkan
Sukan Kementerian Kesihatan Dwi Tahunan Kali ke 21
Bulan Jun 2000
Tahniah kepada En Redzuan dan En Mohd Faisal dari Jabatan Kecemasan kerana telah
melansungkan perkahwinan.
Jabatan Kecemasan HTAR Klang
Jabatan Kecemasan Hospital Klang telah menerima seorang Ketua Jabatan yang baru. Semoga
Imej Jabatan Kecemasan HTAR akan lebih cermerlang dan mantap pada masa akan datang
Berkerja kearah memajukan pemikiran
rakyat dan pembangunan negara
Berkerjasama dalam membanteras
kelemahan dan musuh negara
Berpegang teguh kepada ajaran agama
Seharusnya kita Pembantu Perubatan
Semua berpegang teguh dengan Teras Perkhidmatan yang telah disediakan oleh mereka yang
terdahulu dari kita. Insyaallah Pembantu Perubatan tidak akan luput ditelan zaman