Perubatan
Up Surgeri Kebidanan Perubatan MA di Luar Negara

Home
Up
Vitamin A

Katarak

Apa itu Katarak?

    Katarak ialah sejenis penyakit yang menyebabkan kata mata berselaput dan rabun. Kanta menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi BATU jika tidak dirawat segera.

Tanda-tanda

  1. Penglihatan semakin kabur
  2. Sukar membaca kerana penglihatan kurang jelas
  3. Kerap menukar cermin mata kerana penglihatan masih kurang terang
  4. Selaput putih pada anak mata
  5. Merasa silau terhadap mata

SEGERALAH berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai tanda-tanda diatas untuk mendapatkan pemeriksaan mata. Ini dapat mencegah anda kehilagan penglihatan.

Siapa yang akan berisiko mendapat Katarak?

Pesakit Kencing Manis yang tidak mengawal penyakitnya
Ini disebabkan kelebihan gula dalam darah yang menyebabkan berlakunya Katarak
Orang Dewasa yang berumur lebih 60 tahun
Katarak merupakan satu proses akibat perlanjutan usia
Kanak-kanak yan baru lahir dengan komplikasi
Ia boleh berlaku sekiranya ibu menghidap infeksi seperti rubella semasa mengandung

Rawatan

Ia boleh dirawat dengan PEMBEDAHAN dan mengambil masa 30 hingga 40 kinit sahaja

Semasa pembedahan , kanta yang kabur akan dibuang dan digantikan dengan kanta tiruan untuk memulihkan penglihatan pesakit
Selain pengunaan kanta tiruan, pesakit juga boleh mengunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) untuk memulihkan penglihatan
Pesakit akan sembuh sepenuhnya dalam masa 3 bulan. Dalam tempoh ini pesakit dinasihat mendapatkan :-
Rawatan susulan yang rapi
Memakan ubat yang diberikan
PE02072A.gif (2034 bytes)Memakai cermin mata gelap kerana mata masih sensitif dengan cahaya mata hari.

Bersama-samalah kita menjaga mata untuk penglihatan sepanjang hidup