Katarak
Apa itu Katarak?
Katarak ialah sejenis penyakit yang menyebabkan kata mata berselaput
dan rabun. Kanta menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Keadaan ini
menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi BATU jika tidak dirawat segera.
- Penglihatan semakin kabur
- Sukar membaca kerana penglihatan kurang jelas
- Kerap menukar cermin mata kerana penglihatan masih kurang terang
- Selaput putih pada anak mata
- Merasa silau terhadap mata
SEGERALAH berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai tanda-tanda diatas untuk mendapatkan
pemeriksaan mata. Ini dapat mencegah anda kehilagan penglihatan.
Siapa yang akan berisiko mendapat Katarak?
| Pesakit Kencing Manis yang tidak mengawal penyakitnya
| Ini disebabkan kelebihan gula dalam darah yang menyebabkan berlakunya Katarak |
|
| Orang Dewasa yang berumur lebih 60 tahun
| Katarak merupakan satu proses akibat perlanjutan usia |
|
| Kanak-kanak yan baru lahir dengan komplikasi
| Ia boleh berlaku sekiranya ibu menghidap infeksi seperti rubella semasa mengandung |
|
Ia boleh dirawat dengan PEMBEDAHAN dan mengambil masa 30 hingga 40 kinit sahaja
| Semasa pembedahan , kanta yang kabur akan dibuang dan digantikan dengan kanta tiruan
untuk memulihkan penglihatan pesakit |
| Selain pengunaan kanta tiruan, pesakit juga boleh mengunakan cermin mata atau kanta
lekap (contact lens) untuk memulihkan penglihatan |
| Pesakit akan sembuh sepenuhnya dalam masa 3 bulan. Dalam tempoh ini pesakit dinasihat
mendapatkan :-
| Rawatan susulan yang rapi |
| Memakan ubat yang diberikan |
| Memakai
cermin mata gelap kerana mata masih sensitif dengan cahaya mata hari. |
|
Bersama-samalah kita menjaga mata untuk penglihatan
sepanjang hidup
|