MA
Up Perisian Terkini Panduan Pelajar MA Lain-lain Petua

Home
Karier

Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Perubatan

        Siapakah Pembantu Perubatan ? , Apakah tugasnya ? , Dimanakah mereka bertugas ? Apakah fungsi Pembantu Perubatan. Sekiranya anda tanyakan kepada kepada masyarakat kini. Tentunya masyarakat masa kini tidak lagi mengenalinya. Masyarakat  dahulu amat mengenali "Dressar" , "Pembantu Hospital" tetapi kini tiada siapa yang endah tentang mereka lagi.

         Masyarakat sekarang sudah hampir melupakan bagaimana seorang "Dressar" seketika dulu yang bertugas dikampung sanggup berjaga ditengah malam untuk memberi bantuan perubatan kepada orang kampung yang mengalami kesakitan. Sekarang "Dressar" semakin gah dengan nama baru , uniform baru dan tugas yang lebih mencabar tetapi semakin dilupakan. Orang lebih menghormati jururawat dan tiap-tiap tahun ada sambutan hari Jururawat tetapi dimanakah Pembantu Perubatan.

        Apakah tanggungjawab kita sekarang untuk memulih imej kita sekarang ? Adakah kita harus biarkan masa menentukannya sehingga satu hari nanti jawatan yang mulia ini terus dilupakan dan dijumudkan.

Oleh itu marilah kita sama-sama memulihkan imej kita dengan berkerjasama sesama kita untuk terus berjuang memastikan Pembantu Perubatan relevan untuk Dahulu , Kini dan Selamanya........

Sekian WebMaster.