Make your own free website on Tripod.com

Badan
Up Tangan Badan Kepala

Home
Up
Lepas Bersalin
Sembelit

Penjagaan Buah DadaPE02052A.gif (2538 bytes)

IBU-IBU YANG BERSALIN akan mengalami masalah buah dada menjadi kendur tidak bermaya seperti dahulu. Oleh itu bersama-sama ini disertakan petua penjagaan buah dada untuk dijadikan pedoman untuk membantu mengembalikan kesegaran semula dan menambahkan kecantikan buah dada.

Khasiat Sirih dan Minyak Kelapa

Bahan-bahan

  1. Beberapa helai daun sirih Melayu ( berdaun hijau berdaun lebar)
  2. Minyak kelapa
  3. Lilin

        Dapatkan beberapa helai daun sirih Melayu , ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali. Menurut orang tua yang memberikan petua ini , petua ini dipanggil 'Petua Sayang Suami'. Semoga kebahagiaan rumahtangga puan-puan akan bertambah seri lagi dengan kehadiran cahaya mata dan tubuh badan yang menawan. Bersama-samalah kita amalkan.